PENGALAMAN DAN TIPS LATIHAN INDUSTRI (PRACTICAL)

Hai assalamualaikum semua. Bertemu lagi kita di  petang Selasa yang mulia ini. 💕



Tapi sebelum tu aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru/Happy New Year 2018 kepada korang.!!! Amacam azam tahun baru? Nak kurus? Kalau aku 2018 aku nak diet sebab badan makin lama dah macam tong air ni. 




Maka sampai itu sajalah drama tahun baru kita ye, tuan, puan. 


Kali ini entri aku berkisahkan tentang pengalaman aku sebagai budak LI (Latihan Industri)  practical di sebuah syarikat kerajaan. Apa itu Latihan Industri? Nah, aku bagi pencerahan. 

Latihan industri adalah wajib dijalani oleh semua pelajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta sebagai syarat wajib bagi melayakkan pelajar menerima Sijil Diploma atau Ijazah mengikut jurusan yang diambil. 


Selain latihan industri, antara terms yang orang selalu guna ialah practical, internship atau on the job training (OJT). Korang boleh google sendiri kalau masih tak faham lagi bab LI ni. 


Berbalik kepada kisah aku LI, aku merupakan seorang pelajar tahun akhir (Semester 6) di Politeknik. Poli apa? Biarlah rahsia muahahaha. Entri kali ini sangat sesuai dan berguna kepada adik-adik or sapa-sapa je yang bakal atau sedang menjalani latihan praktikal macam aku ini. Aku akan terang secara ringkas tentang apa yang aku alami sebelum/ ketika menjalani latihan industri dari first day sampai la ke hari ini. Aku juga akan selitkan sedikit tips-tips berguna buat korang semua. Kejadian selepas LI pula insyallah nanti aku akan update lagi. 

Hari ini, genap lah sebulan lebih aku LI di syarikat ini. Alhamdullilah, semua berjalan dengan lancar tanpa anasir-anasir yang menggangu ketenteraman aku bekerja. Staf dan pegawai atasan di pejabat pun semua nya peramah dan baik-baik belaka, Aku bersyukur sangat dapat tempat LI kat syarikat ni walaupun LAST MINUTE DAPAT!! 😓

Kenapa last minute? Sebab aku apply pun last minute hahaha. Kalau korang nak tau, syarikat yang aku tengah LI sekarang ialah pilihan dan ikhtiar terakhir setelah hampir 10 buah tempat aku mintak tempat practical. Kenapa sampai 10 buah? Pendek kata, takde rezeki. Pengurusan lambat, takde kekosongan la. Macam-macam alasan yang company lain akan bagi dengar kau.


Tips pertama: FOLLOW UP. Jangan malas. Rajin-rajin kan lah tangan kau tu dail number or hantar email kat company. Lepas tu kau tanya la dorang pasal permohonan kau. Kalau kau tak buat, sampai berjanggut lah kau tunggu jawapan. Last-last kena extend sem sebab gagal dapat tempat latihan. Lebih baik sediakan payung sebelum hujan. Kalau kau bernasib baik, kau akan dapat jawapan mungkin dalam masa 3-4 hari atau 2-3  minggu. Paling lama pun sebulan. Kalau kau macam aku yang kurang bernasib baik ini, terpaksa lah kau tunggu berbulan-bulan nak dapat tempat. Sabar, rezeki ada di mana-mana. Apa yang penting, mesti kena rajin follow up dengan pihak syarikat. 




Baiklah, sekarang aku nak cerita pengalaman hari pertama aku bergelar pelajar LI. 


Sebelum jam 8 dah muka aku terpacak di pejabat sumber manusia menunggu masa diri ini dipanggil untuk sesi pengenalan (briefing). Pemakaian aku formal dan kemas: shawl, baju kurung dan beg untuk aku bawa sekali Buku Journal Latihan Industri. Nervous tu tak payah cakap lah. Dengan renungan dan jelingan staf-staf lain sudah cukup membuat lutut aku lembik. Tapi aku bersyukur sebab dalam tempoh menunggu tu, ada sorang mamat ni yang akan LI bersama aku nanti. Dia ni kira-kira my partner in crime laaa cewahhhh hahaha. Selepas sejam macam tu baru kitaorang dipanggil untuk briefing dan kami juga dibagi satu jadual ringkas LI. Habis je briefing kami pergi ke ibu pejabat pula. 


Di ibu pejabat, aku ditempatkan di bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi memandang aku ni budak IT. Sama macam kawan baru aku tu tadi. Dalam bahagian IT ni, staf tak la banyak sangat. Dalam 5 orang macam tu je. Bos/supervisor aku ialah seorang lelaki Cina. Dia tak banyak sangat cakap tapi baik orangnya. Well, bos kan.. Mesti kena mantain imej yang serious gitu. Aku diarahkan duduk di cube aku sendiri dan takde komputer dibagi.  Jadi korang kena la siap sedia bawa laptop sendiri kalau office korang tu nanti kekurangan hardware macam komputer. Senang nak buat keja, nak sambung buat di rumah pun takda masalah. Kalau ada disediakan, bersyukurlah. 



Sepanjang aku LI di syarikat ni, kerja-kerja yang pernah aku buat ialah develop website menggunakan programming language, buat database, troubleshoot komputer yang rosak, format komputer, buat cable network dan sebagainya. Aku amat bertuah kerana hampir semua kerja yang dibagi adalah berkaitan dengan bidang IT. Jadi taklah sia-sia aku LI selama 6 bulan ni. Selain itu, aku pernah di suruh key in asset dan inventory yang beribu-beribu jumlahnya! Ya, kerja-kerja yang tak ada kena mengena dengan IT pun aku kena suruh buat. 




Tips kedua: JANGAN MERUNGUT. Kalau kau budak LI, kau buat la cara budak LI. Buat je lah apa-apa task yang dibagi supaya dapat tambah pengetahuan dan ilmu didada. 
Kalau kau rasa kau tak paham, ringan-ringankanlah mulut tu bertanya dengan staf-staf lain. 

Tips ketiga: JANGAN SOMBONG. Okay yang ni paling PENTING. Dalam suasana kita bekerja, lebih-lebih lagi kita ni budak LI yang bawa nama IPTA/IPTS  masing-masing kita kena pandai berkomunikasi dengan pekerja lain supaya dapat memudahkan kerja dan ada semangat teamwork. Jadilah pekerja yang peramah, kalau kau terserempak dengan mana-mana pekerja bagilah salam. Kalau dah malas tahap dewa at least bagilah senyuman. Mana lah tau orang yang kau jumpa tu, pengarah atau pegawai atasan ke. Jadi, jangan sombong ye kawan-kawan. 




Baiklah.. Sampai sini je aku bercerita hari ini. Tangan aku pun naik lenguh menaip  dari tadi. Aku harap tips dan pengalaman yang aku kongsi di atas dapat membantu korang yang bakal menjalani latihan industri kelak.  Kalau ada apa-apa pertanyaan, boleh tinggalkan komen kat bawah 😋 Goodluck and all the best, students 😍😘😎









Comments

  1. assalam akak saya nak tanya sikit, akak buat website dengan database pakai apa and untuk apa akak buat?

    ReplyDelete
  2. Assalam, nak tanya. Betul ke elaun LI di gomen hanya 3 bulan pertama sahaja ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gomen kebanyakannya tak ada elaun. Kalau LI bawah gomen dan dapat elaun tu kiranya rezeki la tu hahahaha

      Delete
  3. Hi nak tanya. Kalau permohonan LI dah diterima, ada tak tempoh masa sesuai untuk nak tangguh respon terima atau tak. Ataupun kena reply je trus ASAP. Sbb msih nk tggu respon permohonan lain.

    ReplyDelete
  4. salam kak betul ke kalau intern kat gov kerja dia lagi rileks? takutlah sebab benda yang belajar pun banyak yang tak ok huhu

    ReplyDelete
  5. Assalam sis, cmne erkk kalau takde kerja smasa LI dan tak dibagi kerja (oleh kerana kos IT) .. selain itu, persaingan antara pelajar intern lebih 1 orang, jadikan yang lagi seorang tak ada kerja? Apa pandangan sis? Buntu sekarang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. situation kita sama..saya pun x der keja jugak dan jadi buntu

      Delete
  6. Bila sekurang2 nya dah start apply intern kat syarikat ye? Masa sem 5 atau semasa cuti sem 5?

    ReplyDelete
    Replies
    1. semasa sem 5 dah boleh start apply intern..

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KALI PERTAMA BUAT BLOG